VISION THERAPY

PROGRAM VISION THERAPY ADALAH UNTUK MERAWAT MASALAH JULING TANPA KAEDAH PEMBEDAHAN

Penglihatan kita bergantung pada mata yang sihat dan keupayaan kognitif kita untuk memproses maklumat visual dengan berkesan. Terapi penglihatan menyediakan bantuan untuk orang yang menghadapi masalah memproses maklumat visual

TENTANG KAMI

HAZLINA OPTOMETRIST & VISION THERAPY (HOVT)

Hazlina Optometrist & Vision Therapy adalah sebuah praktis klinikal optometri yang berkonsepkan "Vision & Learning Center" di mana, kami menyediakan program Vision Therapy membantu anak-anak yang mempunyai masalah pembelajaran (learning disabilities) yang disebabkan oleh Juling, Mata Malas, Convergence Insufficiency, Accomodation Dysfunction dan kanak-kanak berkeperluan khas. (special needs kid) seperti Autism, Dislexsia dan ADHD.

VISION THERAPY

apa itu terapi penglihatan dan bagaimana terapi penglihatan merawat mata

Terapi penglihatan  ialah program yang bertujuan untuk memulihkan dan meningkatkan kebolehan visual seseorang serta meningkatkan kebolehan penglihatan seseorang. Ia menggunakan pelbagai cara – seperti senaman mata , ujian , kanta oklusi (menampal) dan prisma – untuk merawat pelbagai masalah visual.

  • Rawat masalah penglihatan yang sedia ada seperti amblyopia (mata malas), masalah penjajaran mata, masalah koordinasi mata, tumpuan berhampiran yang kurang berkekalan, koordinasi mata-tangan yang tidak mencukupi dan perkembangan persepsi yang tidak matang
  • Meningkatkan kecekapan dan keselesaan fungsi visual
  • Bantu mengelakkan beberapa masalah visual

Setiap program terapi direka untuk memenuhi keperluan khusus seseorang.

Terapi penglihatan ialah kaedah yang digunakan oleh pakar optometris untuk menerangkan bagaimana cara pemprosesan visual dan keupayaan untuk mentafsir sesuatu maklumat melalui mata yang dapat ditingkatkan dan diperbaiki. Terapi Penglihatan direka khas untuk seseorang individu yang mempunyai masalah visual dan kemahiran melihat. Terapi Penglihatan membantu individu untuk belajar dan memahami semula tentang cara melihat yang sebenar. 

Konsep yang membolehkan terapi penglihatan dikenali sebagai neuroplastisitas. Terapi penglihatan perlu direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan individu kerana setiap individu mungkin mempunyai masalah penglihatan yang sangat berbeza dipelbagai peringkat umur. Neuroplastisitas otak membolehkannya untuk menyesuaikan diri dan berubah sepanjang kehidupan seseorang. Ia mesti direka untuk meningkatkan keselesaan, kecekapan, tumpuan dan pergerakan mata.

Anda ingin tahu lebih lanjut tentang Vision Therapy ?

Team Hazlina Optometrist & Vision Therapy membantu anak-anak untuk miliki sistem deria mata yang efisien dan cekap supaya mereka mudah belajar, bermain, bersukan atau lakukan aktiviti harian.

Apakah keadaan yang boleh dirawat oleh terapi penglihatan?

Terapi Penglihatan bukanlah pengganti bantuan dalam bentuk visual atau intervensi lain yang boleh digunakan dalam pelbagai jenis masalah mata. Senarai diagnosis berikut boleh dipertingkatkan dengan Terapi Penglihatan dan mengubah kualiti hidup seseorang untuk menjalani aktiviti harian dengan lebih sempurna.

Mata Malas

Keadaan di mana proses perkembangan yang tidak normal pada salah satu mata. Mata yang 'malas' biasanya akan bergerak ke dalam atau ke luar. Amblyopia boleh menyebabkan kehilangan penglihatan kekal pada mata yang terjejas, namun jarang berlaku pada kedua-dua mata. Amblyopia akan berlaku apabila mata yang 'malas'  tidak bergerak seiring dengan mata yang normal.

Double Vision

Double Vision adalah penglihatan yang berganda lebih dari satu imej yang berbeza atau bertindih. Masalah ini boleh terjadi dalam keadaan yang sementara ataupun kekal. Keadaan ini juga akan menyukarkan seseorang untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa. Double Vision biasanya terjadi disebabkan oleh masalah berkaitan saraf yang menjejaskan otot mata, namun terdapat juga punca-punca lain.

Juling

Kebiasaanya kelihatan dua keadaan juling yang berbeza iaitu Esotropia (Juling ke dalam) dan Exotropia. (Juling ke luar) Masalah juling pada usia bayi adalah perkara biasa dan akan hilang apabila membesar. Namun, jika masalah ini berterusan anda perlu dapatkan pemeriksaan mata bersama optometrist. Masalah mata ini boleh berlaku pada pelbagai peringkat umur

Vertigo

Vertigo adalah sejenis masalah pening kepala, di mana anda akan merasakan persekitaran sedang berputar atau tidak seimbang. Masalah vertigo boleh menyerang secara tiba-tiba ataupun kekal dalam tempoh beberapa jam. Terdapat tiga sistem yang mengawal keseimbangan badan, penglihatan, proprioception - sensor pergerakan kulit, otot sendi dan telinga dalam. Jika satu atau dua sistem ini tidak berfungsi dengan baik, anda mungkin akan mengalami vertigo.

Kenalpasti tanda-tanda ini :

  • Mata bersilang (Juling)
  • Sukar untuk membaca 
  • Prestasi belajar anak semakin menurun
  • Koordinasi tangan-mata yang lemah
  • Suka senget kepala 
  • Kerap sakit kepala selepas membaca
  • Kesukaran untuk kekal fokus
  • Tulisan tangan yang lemah

Berapa lama masa yang di ambil untuk menjalani Vision Therapy ?

Secara amnya, terapi penglihatan dijalankan secara rutin dan berjadual mengikut tempoh masa yang ditetapkan 60 minit bagi setiap sesi.

Terapi penglihatan yang konsisten dapat menunjukkan pencapaian yang semakin baik dalam tempoh beberapa bulan bergantung kepada masalah mata.

Apakah hasil yang dapat dilihat melalui Vision Therapy ?

Berdasarkan pematuhan individu terhadap terapi penglihatan mengikut rutin dan jadual yang telah ditetapkan, tahap penglihatan yang semakin baik dapat dilihat melalui :

  • Proses pembelajaran yang lebih mudah 
  • Keupayaan untuk mengikuti objek yang bergerak semakin baik
  • Tahap kejelasan melihat objek dekat & jauh bertambah baik
  • Kualiti pembacaan yang semakin meningkat
  • Masa yang dihabiskan untuk melakukan tugasan semakin berkurang

Hazlina Optometrist, C64, Jalan Permatang Gedong, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah

Isnin – Ahad : 9.00pagi – 6.30ptg

© Copyright 2020.Hazlina Optometrist & Vision Therapy. All Rights Reserved. Terms & Conditions. Privacy Policy.